Terkini dari Jempol !!!

Saturday, 20 April 2013

Sekitar Penamaan Calon Parlimen Jempol



Tan Sri Mohd Isa Abd Samad (BN) diumumkan sebagai calon Parlimen Jempol (P127) bagi menentang calon PAS, Aishah Wan Ariffin (PAS) pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13).

Ianya diumumkan Pegawai Pengurus Wan Razali Wan Awang di pusat penamaan calon di Kompleks Pentadbiran Daerah Jempol, di sini kira-kira jam 11:05 pagi tadi.

Tan Sri Mohd Isa yang segak berbaju berwarna biru lengkap tiba di pusat penamaan calon pada jam 8:45 pagi diiringi isteri dan anak serta 4,000 penyokong bagi menyerahkan borang pencalonan.

Sementara Wan Aishah yang memakai jubah hijau tiba lebih awal kira-kira jam 8.30 pagi untuk menyerahkan borang penamaan calon diiringi penyokong yang rata-ratanya berpakaian serba hijau.

Proses penamaan calon tamat tengahari tadi dan bermulalah kempen 15 hari yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Bagi pengundi pos, hari pembuangan undi ialah pada 30 April 2013 manakala bagi pembuangan undi awam ialah pada 05 Mei 2013. : Laporan wartawan N9kini.com

No comments:

Post a Comment