Terkini dari Jempol !!!

Monday, 22 April 2013

Sokongan Rakyat Terhadap BN Di Negeri Sembilan Kembali Meningkat - Isa Samad

Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan kembali meningkat selepas menyaksikan pakatan pembangkang gagal menunaikan janji di negeri ditadbir mereka, kata calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Jempol Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Bekas Menteri Besar itu berkata, pembangkang juga kini dilihat kerap menghadapi krisis dalaman yang berlarutan sekali gus menunjukkan mereka tidak mempunyai persefahaman.

Selepas gagal menterjemahkan manifesto mereka pada pilihan raya umum lepas, kini pembangkang cuba menabur janji lain pada pilihan raya umum ke-13 ini hanya semata-mata mahu meraih undi, katanya pada sidang media selepas menyerahkan borang pencalonannya untuk kerusi Parlimen Jempol, di sini Sabtu.

"Berbeza dengan manifesto BN yang dibuat untuk menepati janji dan berkhidmat kepada rakyat...sekarang ni pun mereka (DAP, PKR, PAS) bergaduh untuk meletakkan calon mereka di kerusi Parlimen dan DUN di seluruh negara, bagaimana mereka nak menyelesaikan masalah rakyat sekiranya mereka menang nanti?," katanya.

Mengenai sama ada populariti pencabarnya penyanyi Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin daripada PAS akan dapat mempengaruhi pengundi di Parlimen Jempol, Mohd Isa berkata faktor itu tidak timbul kerana pengundi mahukan wakil rakyat yang benar-benar mampu membela rakyat.

Wan Aishah ketika ditanya apakah perubahan yang ingin dilakukan sekiranya dipilih nanti, hanya menjawab akan memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.

No comments:

Post a Comment