Terkini dari Jempol !!!

BIODATA

Tan Sri Mohd Isa B Hj. Abdul Samad (lahir 14 November 1949) merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO. Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 - Mac 2004. Pada masa ini beliau adalah pengerusi FELDA.

Latar belakang

Tan Sri Isa Samad dilahirkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang, Port Dickson dan kemudiannya bersekolah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya sebelum bertugas sebagai guru di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban (1973-1978).


Tan Sri Isa memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1978 dengan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Linggi. Nombor keahlian UMNO beliau ialah No 22. Kemudian beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Sembilan sehinggalah pilihanraya 1982. Di peringkat akar umbi, beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Port Dickson sehingga sekarang.

Dalam pilihan raya 2004, Isa Samad bertanding di kawasan Parlimen Jempol

Isa Samad kemudiannya dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sehingga 2005.

Sumber: Wikipedia

No comments:

Post a Comment